Ketua Pengarah JKKN, Datuk Norliza Rofli berkata, siri penjelajahan program ini turut melibatkan Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk memberi kesedaran dan pemahaman tentang seni persembahan tertua ini.
"Jika pada tahun lalu kami telah melaksanakan Eksplorasi Makyong (Siri Jelajah Kijang Emas) yang menjadi satu program bersifat pendidikan kepada generasi muda, kali ini kami ketengahkan Teater Tradisional Mek Mulung dengan menggunakan konsep penjelajahan.
"Program ini akan terbahagi kepada bengkel dan persembahan yang akan diketuai oleh wakil JKKN iaitu Rosnan Rahman dan beberapa tokoh dalam bidang ini," katanya.
Ia diteruskan di Kuching, Sarawak pula pada 21 dan 24 September 2013.
Tambah Norliza, siri penjelajahan ini tidak hanya terhad kepada pementasan semata-mata tetapi pihaknya turut mengadakan bengkel bagi membolehkan para peminat seni teater tradisional ini memperoleh pengetahuan mengenainya.
Tambah beliau, di akhir bengkel tersebut semua peserta akan berpeluang terlibat dengan persembahan Mek Mulung bersama Kumpulan Mek Mulung Seri Mahawangsa Kedah.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: