Sunday, March 24, 2013

Kem pelarian terbakar, 62 maut

FOTO yang disediakan oleh kerajaan Thai menunjukkan beberapa mayat mangsa kebakaran yang rentung di kem pelarian Mae Surin, wilayah Mae Hong Son, utara Thailand.


BANGKOK - Kebakaran besar yang berlaku di sebuah kem pelarian dari Myanmar di utara Thailand membunuh sekurang-kurangnya 62 orang mangsa.
Berpuluh-puluh lagi cedera dalam kebakaran yang berlaku di kem Mae Surin, wilayah Mae Hong Son itu. Kem tersebut menempatkan 3,700 pelarian. Kebanyakan mangsa yang maut terdiri daripada orang tua, wanita dan kanak-kanak.
Pihak berkuasa percaya kebakaran berlaku akibat api dapur yang tidak dijaga. Keadaan diburukkan lagi dengan cuaca panas dan angin kencang.
"Angka kematian mungkin bertambah kerana pasukan penyelamat masih menjalankan operasi mereka di sana," kata gabenor Mae Hong Son, Narumol Paravat.
Menurut polis, kebakaran itu memusnahkan 400 unit rumah sementara. Biro Pencegahan Bencana dan Mitigasi pula memberitahu, sebuah sekolah, klinik serta dua gudang makanan turut musnah.
Sementara itu, konflik agama antara penganut Islam dan Buddha yang tercetus di Meiktila, Myanmar kembali tenang selepas pasukan tentera dihantar untuk mengawal keadaan.
Rusuhan yang bermula pada Rabu lalu mengorbankan sekurang-kurangnya 20 nyawa.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: