Thursday, March 14, 2013

Karnival Halal bermula hari ini


PENTAS khas dan khemah jualan serta pameran sudah siap dipasang untuk Karnival Halal Kedah 2013 di pekarangan tempat letak kereta Amanjaya Mall Sungai Petani semalam.


SUNGAI PETANI – Karnival Halal Kedah 2013 yang bertema Halal Bukan Sekadar Logo anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di pekarangan letak kereta Amanjaya Mall di sini bermula hari ini selama tiga hari.
Karnival tersebut yang dijangka mampu menarik lebih 50,000 pengunjung bertujuan mendidik masyarakat khususnya di Kedah tentang kepentingan isu halal dan pensijilan halal.
Selain itu, karnival tersebut juga menjadi platform kepada syarikat-syarikat dan produk yang telah mendapat Sijil Halal Malaysia yang kini berada di pasaran untuk memperluaskan perniagaan masing-masing.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha (gambar kecil) berkata, karnival tersebut adalah lanjutan daripada Kempen 1 Malaysia 1 Halal yang dianjurkan Jakim pada 2010.
Katanya, program itu telah menjelajah ke enam negeri sebelum ini bermula di Masjid Negara, Perlis, Johor, Kelantan, Negeri Sembilan dan yang terakhir di Melaka pada tahun lepas.
“Tema Halal Bukan Sekadar Logo adalah intipati daripada objektif keseluruhan karnival iaitu pendidikan mengenai isu halal di Malaysia dan kita mempunyai dua fokus sasaran iaitu pengguna dan industri,” katanya di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: