|
PAPENBURG - Sebuah kapal persiaran terbesar di dunia menjalani ujian pelayaran kelmarin apabila ia belayar dari limbungan Meyer Werft di sini, utara Jerman.
Kapal yang bernama Norwegian Breakway itu milik syarikat Norwegian Cruise Line itu boleh membawa kira-kira 4,000 penumpang.
Ia seberat 146,600 tan dan sepanjang 324 meter (m) dan lebar 40m.
Sejumlah orang menyaksikan pelayaran kapal itu semasa ia belayar di Sungai Ems.
Kapal tersebut yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti gimnasium dan mempunyai lebih 1,000 bilik.
Ia akan berlabuh di New York pada Mei depan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: