
LIAN HOE (tengah) bersama barisan
artis memegang akhbar Kosmo! ketika mengunjungi gerai Kosmo! di tapak
Fiesta Taiping 2013 di Taiping, Perak semalam.
TAIPING - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yakin penganjuran acara seperti Fiesta Taiping 2013 bukan sahaja memberi peluang pengunjung berhibur sebaliknya mendapat maklumat terus mengenai kementerian terbabit dan agensi-agensinya.
Timbalan Menterinya, Datuk Tan Lian Hoe berkata, selain dihidangkan dengan pelbagai program menyeronokkan untuk seisi keluarga, fiesta berkenaan turut mengetengahkan informasi terkini kepenggunaan.
Katanya, melalui gerai-gerai pameran seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Bank Rakyat, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan Perbadanan Nasional Berhad, pengunjung boleh mengetahui peluang yang disediakan serta kepentingan agensi berkenaan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: