Thursday, March 21, 2013

Fi Interbank Giro turun 2 Mei


ZETI menunjukkan buku Laporan Tahunan 2012 dan Laporan Kestabilan 2012 di BNM, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan fi untuk urus niaga Sistem GIRO Antara Bank (Interbank Giro) yang dilakukan secara dalam talian melalui perbankan internet dan mudah alih ialah 10 sen berkuatkuasa 2 Mei ini berbanding RM2 pada masa sekarang.
Gabenornya, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, fi yang lebih rendah ini bertujuan untuk memberi insentif kepada pengguna beralih kepada pembayaran elektronik (e-pembayaran) yang lebih murah.
“Pembayaran dalam perbankan internet dan mudah alih memberikan manfaat yang ketara kepada individu dan peniaga.
“Bagi individu, ia membolehkan mereka menikmati urus niaga pada bila-bila masa dan di mana-mana lokasi tanpa perlu beratur di kaunter bank, manakala peniaga boleh mengurangkan kos operasi perniagaan melalui pengurangan atau penggunaan semula sumber yang sebelum ini digunakan untuk mengendalikan wang tunai dan cek,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: