Wednesday, March 13, 2013
Dividen, bonus LTAT 16 peratus
KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan pendapatan RM907.4 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012, angka tertinggi pernah dicatatkan dalam sejarah penubuhan lembaga itu sejak ia ditubuhkan 40 tahun yang lalu.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, angka tersebut merupakan peningkatan 5.5 peratus berbanding hampir RM860 juta yang dicapai bagi tahun kewangan sebelumnya.
Menurutnya, berdasarkan kepada pencapaian memberangsangkan itu, LTAT akan membayar dividen dan bonus pada kadar 16 peratus berjumlah RM795.3 juta berbanding 15 peratus pada tahun 2011.
“Bayaran ini akan merangkumi dividen sebanyak tujuh peratus, bonus satu peratus dan bonus khas sebanyak lapan peratus dalam bentuk unit amanah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: