Saturday, March 2, 2013

'Detik 12 Malam' Papar Kisah Seram Sebenar


Azmi bertindak sebagai pengacara program "Detik 12 Malam".
PETALING JAYA: Sebuah program dokumentari terbitan TV3 iaitu Detik 12 Malam bakal memaparkan kisah sebenar pengalaman bekerja pada pukul 12 tengah malam.
Pengacaranya, Saiful Azmi Jamsari berkata, program itu bakal menyingkap realiti di sebalik pengalaman yang terpaksa ditempuhi oleh individu dalam mengharungi pekerjaan sukar dan tidak seperti kebiasaan.
"Jika anda merasakan pekerjaan anda sangat teruk, sebenarnya ada lagi kerjaya yang lebih hebat daripada itu yang mungkin tidak pernah anda menerusi Detik 12 Malam.
"Gerun dan cemas namun itulah realiti yang terpaksa mereka tempuhi demi pekerjaan yang telah mereka pilih," katanya.
Bersiaran selama 30 minit, program terbaharu itu akan menemui penonton bermula Ahad ini pada pukul 10.30 malam di TV3.
Antara kerjaya yang dipaparkan dalam program tersebut seperti penggali kubur, renjer hutan, pembikin filem atau drama, pemandu teksi dan penjaga rumah api.
Pekerjaan sebagai penggali kubur antara yang dipaparkan dalam program tersebut.
Dalam pada itu, Azmi berkata, bagi membuktikan kebenaran kejadian-kejadian misteri tersebut, dia perlu melakukan sendiri setiap pekerjaan berkenaan secara seorang diri.
"Ketika semua orang sedang nyenyak tidur, ada yang baru memulakan pekerjaan. Sebagai penggali kubur, perkara-perkara mistik mahupun paranormal sudah menjadi lumrah buat mereka.
"Gangguan seperti ditegur atau anggota badan terasa disentuh adalah asam garam bergelar penggali kubur. Jadi saya ingin merasa sendiri situasi mereka," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: