Atilia telah melancarkan album terbaharunya berjudul Indah di Indonesia. Atilia atau nama sebenarnya Raja Putri Atilia Raja Haron berkata, dia masih mengekalkan konsep Jazz seperti album pertamanya iaitu Sangkar dan gembira dengan penerimaan masyarakat di Indonesia terhadap muziknya.
"Diakui ada beberapa lagu saya yang menarik minat pendengar muzik negara ini tetapi kebanyakannya kurang diterima mereka dan pendengar di sana (Indonesia) lebih menyukai muzik Jazz.
"Insya-Allah, saya yakin album itu bakal mendapat sambutan memandangkan lagu saya seperti Harus Bagaimana dan Silly Litle Thing (menampilkan kumpulan Sore) diterima masyarakat di sana.
"Tambahan pula, syarikat Demajors di Jakarta yang mengedarkan album di negara itu jadi saya percaya mereka mempunyai pelan promosi yang bagus," ujarnya.
Atilia ketika mengadakan persembahan semasa majlis pelancaran albumnya di Jakarta baru-baru ini. Malah katanya dia berhasrat untuk terus bekerjasama dengan pemuzik di sana seperti Mondo dari kumpulan Sore dan Ricky Virgana pada masa akan datang.
Sementara itu, Atilia turut berpeluang mengadakan persembahan di Festival Antarabangsa Java Jazz 2013 yang berlangsung pada 1 hingga 3 Mac lalu.
Pada persembahan itu, Atilia turut diiringi oleh enam pemuzik bagi mengiringinya pada acara tahunan itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: