Thursday, March 21, 2013

Agihan pendapatan ASG meningkat


AHMAD SARJI (kiri) dan Hamad Kama Piah menunjukkan agihan pendapatan ASG di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), pengurus dana milik Permodalan Nasional Bhd. (PNB) mengumumkan kadar agihan pendapatan sebanyak 7.10 sen seunit bagi Amanah Saham Gemilang (ASG) Pendidikan, 7.20 sen seunit bagi ASG-Kesihatan dan 7.30 sen seunit bagi ASG-Persaraan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2013.
Kadar tersebut lebih tinggi berbanding tahun lalu yang mencatatkan agihan sebanyak tujuh sen seunit untuk ASG-Pendidikan, 7.10 sen bagi ASG-Kesihatan dan 7.05 sen bagi ASG-Persaraan.
Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, ASNB memperuntukkan RM5.25 juta untuk agihan pendapatan ASG-Pendidikan, RM6.50 juta untuk ASG-Kesihatan dan RM1.66 juta untuk ASG-Persaraan.
"Ia akan memberi manfaat kepada 21,460 pemegang unit ASG-Pendidikan, 14,472 pemegang unit ASG-Kesihatan dan 3,393 pemegang unit ASG-Persaraan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Turut hadir ialah Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.
Sehingga 19 Mac 2013, ASG-Pendidikan mencatatkan pendapatan kasar sebanyak RM5.72 juta, ASG-Kesihatan memperoleh pendapatan sebanyak RM7.49 juta manakala ASG-Persaraan memperoleh RM2.18 juta.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: