Tuesday, March 15, 2011

Trend Baru Koleksi Pedro

Siluet lembut dengan sentuhan eksotik

KOLEKSI Musim Bunga/Panas 2011 Pedro mengangkat elemen kebebasan dan kemewahan yang diilhamkan daripada destinasi percutian eksotik, disimulasikan dalam rekaan serba mewah dan luar biasa menerusi himpunan berkarisma jenama gaya hidup moden itu.

Motif semula jadi menjadi pilihan gaya musim ini dengan The Desert Rose menggambarkan keseluruhan tema himpunan busana wanita yang anggun dan menggoda dalam bentuk kewanitaan natural.

Rona hangat dan cetakan chic seolah-olah dilahirkan di padang pasir untuk menyerlahkan keanggunan sederhana tetapi penuh keberanian gaya.

Selami keaslian diri sendiri dengan koleksi eklektik klasik untuk meningkatkan penampilan anda seperti tumit tinggi bagi menjelaskan bentuk tubuh menggiurkan selain wedges dan platform tinggi bersulam perincian glamor.

Sementara fabrik busana dihasilkan daripada sifon lembut yang dibentuk halus dengan gelora sentuhan ranggi iaitu cetakan corak kulit haiwan dan sensasi tekstur kulit ular pilihan terkini.

Koleksi Pedro untuk lelaki bergaya kasual.

Koleksi Global Explorer untuk lelaki pula dipengaruhi ketajaman gaya sensual dalam setiap permukaan rekaan, penggunaan fabrik dan kemasan berkualiti tinggi yang disempurnakan dengan aura palet rona-rona gelap dan hangat.

Perincian gaya eksplorasi dipamerkan dengan jelas terutama pada teknik pembentukan kulit lembu dan ular premium serta kombinasi tersendiri bagi mengangkat gaya klasik sederhana ke satu tahap lebih tinggi.

Cetakan timbul menyeluruh dan kepingan logam eksklusif meluahkan kecemerlangan trend musim ini selain gaya sepatu bertali untuk meningkatkan standard gaya klasik bersama sulaman jahitan berkualiti tinggi.

Turut menjadi pilihan ramai adalah kepelbagaian bentuk loafers bagi yang gemarkan gaya yakin kasual.

Koleksi aksesori Pedro musim ini menggambarkan kelahiran trend baru apabila kulit berkualiti tinggi disuntik tekstur kasar sebagai kontras kepada kemasan lembut bagi koleksi lelaki dan wanita.

Cocok dengan tema musim ini, palet warna berkembang daripada gelap konvensional musim sejuk kepada kehangatan rona perang dan neutral.

Untuk lelaki, himpunan aksesori berstatus eksekutif diserlahkan dalam koleksi serba mewah daripada kulit dan baldu yang memberikan aplikasi formal dan kasual.

Himpunan beg tote kasual dan messenger (beg dokumen) kali ini juga terkeluar daripada sekatan konvensional dengan koleksi berkarisma yang bervariasi hasil rekaan berkemahiran tinggi serta tekstur halus untuk mengukuhkan penampilan kasual lelaki.

Pedro Women pula membawakan koleksi kualiti tersendiri daripada hobo popular sehinggalah tas tangan yang dianggap aksesori terpenting bagi wanita.

Glamor chic menyelubungi gaya tas tangan kulit dengan perincian kegemaran ramai untuk menghidupkan kembali rekabentuk klasik.

Setiap beg menampilkan elemen rekaan unik, sama ada brushed fading atau mainan kulit berkraf yang mengagumkan, sesuai untuk wanita anggun tidak kira siang atau malam.

Jelas sekali himpunan terbaru Pedro mencerminkan gaya moden dengan sentuhan bijak menggunakan pengaruh antarabangsa.

Pedro yang mempunyai 27 cawangan butik di Dubai, Indonesia, Filipina, Singapura dan Vietnam boleh didapati di pusat membeli belah 1 Utama dan Suria KLCC. Untuk maklumat lanjut, layari www.valiramgroup.com.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: