Wednesday, March 30, 2011

ATM AmBank implementasi guna 3G



AmBank (M) Berhad, (AmBank) merancang implementasi 100 hingga 200 daripada 800 mesin pengeluaran wang automatik (ATM) menggunakan rangkaian 3G, sekali gus membolehkan perbankan itu mendirikan ATM di mana-mana sahaja tanpa dibatasi wayar.

:Pengarah Urusan Perbankan Runcitnya, Datuk Mohamed Azmi Mahmood berkata, inovasi itu kini diaplikasikan bermula Januari tahun lalu dan lebih 50 ATM seluruh negara beroperasi menggunakan sistem itu.

Menurutnya, perlaksanaan sistem itu juga mengiktiraf kepimpinan Ambank dalam menjadi perbankan pertama di Malaysia yang menggunakan sistem itu dalam skala yang besar.

“Kemudahan itu dilihat lebih praktikal terutama untuk kegunaan pelanggan di pekan kecil dan faedah itu dimanfaatkan oleh komuniti yang tidak mempunyai kemudahan perbankan lengkap seperti di Benut, Johor yang menunggu 20 tahun untuk menggunakan kemudahan ATM berdekatan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: