Wednesday, March 30, 2011

Premis di ibu kota tidak selamat


WAN MOHD. NOR (kiri) bermesra dengan sebahagian peserta Seminar Pencegahan Keselamatan Kebakaran di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Banyak bangunan di ibu kota mempunyai sistem pencegahan kebakaran yang mengikut standard antarabangsa, namun malangnya ia tidak diselenggara dengan baik.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim berkata, pada tahun 2010 sebanyak 2,048 Notis Penghapusan Bahaya Kebakaran telah dikeluarkan kepada pemilik premis-premis di Kuala Lumpur kerana gagal memastikan bangunan mereka dalam keadaan selamat.

“Pada tahun 2009 pula, kita telah mengeluarkan notis yang sama iaitu sebanyak 3,200 dan kebanyakan daripada masalah yang dikenal pasti ialah tiada jalan keluar kecemasan yang mencukupi dan penggunaan bahan binaan dalaman yang tidak mengikut piawaian.

“Selain itu, kita dapati ada pemilik premis tidak memasang peralatan keselamatan kebakaran yang berpatutan mengikut undang-undang, tidak melakukan penyelenggaraan termasuk menghalang jalan keluar kerana laluan digunakan sebagai setor,” ujarnya selepas merasmikan Seminar Pencegahan Keselamatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: