Filem Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) berjaya mencapai kutipan RM6 juta pada hari ke-19 tayangan, sejak Isnin lalu.
Menurut pihak KRU Studios, mereka optimis kutipan mungkin akan bertambah sehingga tayangan terakhir yang dijangka berakhir pada awal April ini.
Bagaimanapun, tayangan HMM mungkin akan dilanjutkan jika mendapat sambutan yang memberangsangkan dari orang ramai.
Kutipan RM6 juta itu sekali gus mencapai sasaran KRU Studios sebelum ini dan menjadi filem epik pertama Malaysia yang mendapat kutipan
tertinggi setakat ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: