Wednesday, March 30, 2011
Bank Rakyat sasar RM200 juta pengeluaran pinjaman
Bank Rakyat menerusi anak syarikat milik penuhnya, Rakyat Management Services Sdn Bhd (RManagement) berhasrat membuka 30 cawangan Ar-Rahnu X’change yang berkonsepkan francais di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.
Pengarah Urusannya, Datuk Kamaruzaman Che Mat berkata, setakat ini, Ar-Rahnu X’change mempunyai 26 cawangan di seluruh negara dengan sembilan daripadanya diuruskan Bank Rakyat, sementara 17 lagi diuruskan koperasi dengan berkonsepkan francais.
Menurutnya, mereka menyasarkan 13 lagi pembukaan cawangan Ar-Rahnu X’change yang diuruskan koperasi di seluruh negara pada tahun ini.
“Kami yakin usaha sama antara Bank Rakyat dan koperasi akan membuahkan situasi menang-menang yang mana Bank Rakyat sebagai francaisor mempunyai obligasi untuk membantu dan membimbing koperasi bagi menjalankan perniagaan ini.
“Saya begitu optimis dengan bimbingan dan kekuatan jenama Bank Rakyat, perniagaan Ar-Rahnu X’change akan dapat menempa kejayaan nanti,” katanya semasa perasmian francais ke-15 Ar-Rahnu X’change di Rawang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: