Wednesday, March 30, 2011

Sekolah agama terima durian runtuh RM125 juta


MUHYIDDIN (dua dari kanan) beramah mesra dengan kariah Masjid Ubaidullah, Taman Tasik Tambahan di Ampang selepas menunaikan solat Zuhur semasa lawatan kerja sehari beliau ke Selangor semalam.


KUALA LANGAT – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemberian bantuan pengurusan bernilai RM125.77 juta kepada sekolah agama bantuan kerajaan (SABK), sekolah agama rakyat (SAR) serta kelas agama dan fardu ain (KAFA) di seluruh negara.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pada tahun ini, kerajaan memperuntukkan RM120.77 juta untuk SABK meliputi bantuan persekolahan, perkhidmatan kawalan keselamatan, kebersihan dan utiliti manakala SAR dan KAFA pula menerima RM4.998 juta.

Menurutnya, bagi negeri Selangor sahaja, sejumlah RM29.27 juta diperuntukkan kepada 23 buah SABK dengan bilangan pelajar seramai 15,586 orang bakal mendapat manfaat.

“Daripada jumlah RM4.998 juta untuk SAR dan KAFA, sejumlah RM1.4 juta dibelanjakan bagi negeri Selangor melibatkan 188 sekolah dengan bilangan pelajar seramai 90,620 orang,” kata Muhyiddin pada sidang akhbar sempena lawatan seharinya ke negeri Selangor di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah, Sungai Manggis, Teluk Datok di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: