Thursday, March 31, 2011

Tentera generasi baru Singapura manja


SEORANG pembaca melihat gambar anggota tentera di negara itu yang mengarah pembantu rumahnya menggalas beg sandang kepunyaannya.


SINGAPURA - Penyebaran sekeping gambar yang menunjukkan seorang pembantu rumah mengangkat beg seorang anggota tentera di negara itu menimbulkan kemarahan orang ramai yang beranggapan pasukan tentera terlalu dimanjakan, lapor sebuah akhbar semalam.

Gambar yang disiarkan oleh media Singapura dan laman-laman maya pada minggu ini menunjukkan seorang anggota tentera lelaki Singapura berpakaian seragam lengkap dan memakai but berjalan di depan tidak jauh dari pembantu rumah wanitanya.

Sementara pembantu rumah itu yang mengikut di belakang dilihat menggalas beg tersebut di bahu kirinya.

Tindakan tentera itu menerima banyak komen negatif terutama kredibiliti generasi baru Angkatan Tentera Singapura (SAF).

Mereka disifatkan sebagai lembik oleh warga Singapura dan negara lain menerusi laman Twitter dan pelbagai forum di Internet.

"Ini cuma satu insiden. Kesimpulan umum yang dapat saya buat adalah tentera itu secara luarannya nampak sedikit lembut dan dimanjakan," kata penganalisis ketenteraan di Singapura, Bernard Loo dari Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam.

Kementerian Pertahanan difahamkan sedang menyiasat insiden tersebut. Selain ingin mengesahkan semula keaslian gambar yang mencetus pertikaian umum sejak beberapa hari lalu.

Terdapat kajian yang menunjukkan 22 daripada 23 anggota tentera mendapatkan khidmat pembantu rumah untuk membasuh dan menggosok pakaian seragam masing-masing. Sementara 17 daripada jumlah sama mendapatkan pertolongan pembantu bagi membersihkan bilik.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: