Wednesday, March 30, 2011

Ekspresi muslimah kontemporari


BAJU yang boleh digayakan mengikut cita rasa anda sendiri. Jika mahukan gaya berbeza boleh cuba mengikat hujung baju dan ditarik ke belakang.


MEMANG fitrah wanita untuk tampil cantik, anggun dan bergaya. Berfesyen adalah salah satu cara menyatakan ekspresi dan sekali gus menambah keyakinan diri.

Bagaimanapun seorang muslimah tidak harus menggadaikan maruah demi mengikuti tuntutan berfesyen. Memang tidak salah mengikuti perkembangan fesyen asalkan ia memenuhi tuntutan syariat.

Mempertaruhkan konsep suai dan padan, Butik Najjah menghasilkan koleksi pakaian muslimah moden kontemporari yang menepati ciri tersebut.

Sebagai contoh, koleksi kardigan terbaru mereka yang boleh dipadankan dengan dres yang berpotongan ala jubah. Tambah elegan, Butik Najjah turut menyediakan tudung yang sesuai digayakan tidak mengira apa jenis pakaian sama ada kasual atau formal.

"Kami juga menyediakan perkhidmatan nasihat serta penggayaan tudung secara percuma," ujar pemilik butik, Nurul Azwin.

Tambahan lagi, Butik Najjah hanya menggunakan fabrik kapas sebagai fabrik utamanya. Ini untuk memberi keselesaan kepada pengguna mengambil kira faktor di Malaysia.

Jadi, jika anda mahukan sesuatu yang bergaya, berbaloi dan berpatutan mungkin boleh mencuba koleksi ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: