Wednesday, March 30, 2011

Revolusi baru tablet dua skrin


Acer Sales & Services Sdn Bhd, pembekal komputer nombor satu di Malaysia optimis capai sasaran jualan 3,000 unit Acer Iconia Tab W500, 2,000 Tablet Dua Skrin Sentuh Acer Iconia 484G64 dan 1,000 unit Aspire Timelinex 4830TG dalam tempoh sebulan.

Pengarah Urusannya, Ricky Tan berkata, pelancaran ini juga sekali gus menandakan penyertaan Acer dalam pasaran tablet dan yakin pasaran ini akan berjaya memandangkan Malaysia mempunyai potensi pasaran yang besar.

“Malaysia mempunyai lebih 10 juta pengguna komputer pada kini, menerusi produk terbaru yang menarik ini, kami yakin pasarannya akan diterima ramai,” katanya pada sidang media pada Majlis Pelancaran Acer Iconia di Kuala Lumpur, semalam.

Katanya, pada pelancaran itu Acer Malaysia kini menawarkan rangkaian produk bergerak yang lengkap untuk memenuhi pelbagai keperluan dan kehendak penggunanya daripada tablet, telefon pintar, netbook hinggalah notebook.

“Menerusi produk ini, Acer mahu menawarkan kepada rakyat Malaysia dengan pengalaman Acer yang lengkap, sambungan yang lancar dan pengalaman pengguna yang unik.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: