KOTA BHARU – “Kami dianggap penceroboh jika tidak berpindah selepas 30 Mac (hari ini) sedangkan janji kerajaan membenarkan kami berniaga sehingga 30 Mei ini.”
Itulah kekesalan lebih 300 peniaga Pasar Lama Arked Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) yang diarahkan mengosongkan bangunan arked tersebut dan berpindah ke Bazar Tok Guru di sini mulai esok.
Menurut mereka, notis penamatan sewa yang diterima daripada syarikat pengendali sewa, Blue Lang Marketing menyatakan jika para peniaga tidak keluar selepas 30 Mac, mereka akan dianggap sebagai penceroboh.
Ahli Jawatankuasa Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB, Adnan Mohd. Nordin berkata, mereka keliru dengan arahan yang diterima.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: