TRIPOLI - Seorang jurugambar profesional, Mahmud Turkia berjaya merakam detik beberapa butir bom yang digugurkan dari udara dan hampir mengenai kediaman rasmi pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, lapor sebuah akhbar semalam.
Kawasan pinggir bandar Taiura yang terletak di ibu negara Libya, Tripoli menjadi sasaran serangan udara tentera bersekutu Barat pada Isnin lalu.
Asap tebal dan api menjulang ke udara dapat dililihat selepas bom-bom berbentuk peluru itu mengenai kawasan berhampiran istana berkenaan.
Ketika kejadian, beberapa pesawat pejuang Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dilaporkan terbang melintasi kawasan itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: