Wednesday, March 30, 2011

Yovie & Nuno impi berkolabirasi dengan Aizat


Yovie & Nuno sebuah band yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Single pertama, Menjaga Hati dari album The Special One telah berjaya menaikkan nama dan populariti Yovie & Nuno sebaris dengan populariti rakannya yang lain seperti Shiela On 7, Ungu dan ramai lagi di Malaysia. Malah, yang lebih membanggakan lagi, single kedua, Dia Milikku telah mendorong kejayaan mereka disini setelah nada dering lagu ini dimuat turun secara digital mencecah 1.5 juta.

Hadir ke Malaysia beberapa hari yang lalu, Yuvie & Nuno sempat mengadakan beberapa promosi terhadap album terbarunya yang berjudul Winning, dan ketika ditemui di sidang media sewaktu pelancaran album ini, kumpulan ini ada menyatakan hasrat untuk berkolabirasi dengan penyanyi remaja popular, Aizat.

"Kami sedang mengadakan siri jelajah di 70 buah kota di Indonesia, dan berharap suatu hari nanti dapat juga mengadakan persembahan besar di Malaysia.

"Memang satu penghargaan yang besar sekiranya saya dapat berkolabirasi bersama penyanyi Malaysia, terutama Aizat kerana kami juga meminati muzik yang dibawanya,"jelas Yuvie.

Bercerita tentang kelainan yang ada dalam album terbarunya itu, jelas mereka, muzik yang ada dalam album mempunyai susunan muzik yang lebih teratur dan mantap.

"Masih mengekalkan beberapa eleman dalam album sebelumnya, kami juga menerapkan beberapa susunan muzik yang lebih menarik.

"Yang menariknya di dalam album ini, ada dua lagu yang video klipnya dibuat ketika Yovie & Nuno sedang dalam rangka promosi album The Special One di Eropah, manakala lagu Tak Setampan Romeo menjalani penggambaran di Milan dan lagu Merindu Lagi digarap di Amsterdam dan Paris,"luahnya lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: