Penat lelah pelakon drama bersiri Safa Dan Marwah, Nikita Willy bergegas ke lokasi selepas pulang dari sekolah berbaloi apabila terus mengungguli kategori aktres pilihan dalam Panasonic Gobel Awards 2011 pada 25 Mac lalu. Dia mengetepikan saingan lain yang tak kurang popular iaitu Shireen Sungkar, Agnes Monica, Asmirandah dan Naysilla Mirdad. Anugerah tahunan itu menilai melalui undian peminat. "Penat lelah saya akhirnya berbaloi dengan kemenangan ini. Saya hanya sempat tidur lima jam sahaja dalam sehari kerana perlu shooting dan ke sekolah," kata Nikita kepada media selepas menerima anugerah dalam majlis yang diadakan di Ballroom XXI, Jakarta Theatre, Jakarta itu. Mangga Online juga turut meliput acara itu.Nikita, 17, memang bekerja keras ke lokasi, apatah lagi drama bersiri lakonannya Putri Yang Ditukar sedang ditayangkan di TV. Bermakna setiap hari dia harus ke lokasi menjalani penggambaran. Drama itu juga terpilih sebagai Drama Bersiri Pilihan. "Kalau ada kerja rumah saya akan menyiapkan di lokasi," kata Nikita yang juga mengupah guru tuisyen sehingga ke lokasi. Nikita yang berlakon sejak kanak-kanak itu menganggap kemenangan itu sebagai pemberi sokongan kepadanya untuk bekerja lebih baik pada masa akan datang.Harga naik? Sebelum ini Nikita dilaporkan menerima bayaran yang tinggi untuk setiap episod pembabitannya dalam drama bersiri. Ditanya sama ada kemenangan itu bakal menjadikan dia pelakon mahal Indonesia, Nikita mengatakan urusan itu bukan ditentukannya. "Kalau pasal itu, saya tak tahu kerana ia diuruskan oleh ibu saya sebagai pengurus," katanya yang juga berharap dapat pegang anugerah pelakon terbaik pula suatu hari nanti. Semua pelakon pasti mengidam anugerah pelakon terbaik dalam festival filem atau melibatkan drama. “Semua orang pasti ada target jadi pelakon terbaik. Saya juga belum puas dengan apa yang diperolehi sekarang. "Saya juga kena beringat tak boleh jadi sombong selepas menang ini. "Trofi ini saya akan letak di rumah dan ia pasti akan dapat beri saya sokongan dan dapat menghilangkan rasa penat bila melihatnya," kata Nikita. |
Thursday, March 31, 2011
Penat lelah Nikita Willy berbaloi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: