Tuesday, March 1, 2011

Teknologi Terbaru Canon EOS 1100D

EOS 11000D direka khas bagi mengatasi masalah kualiti gambar yang tidak memuaskan pada kamera kompak.

DENGAN pengalaman lebih 75 tahun dalam dunia fotografi, nama Canon memang tidak perlu diperkenalkan lagi.

Seiring dengan perkembangan tersebut Canon sekali lagi tampil dengan kamera lensa refleks tunggal (DSLR) terbaru iaitu Canon EOS 1100D yang dilengkapi dengan teknologi terkini dan aplikasi unggul dunia pengimejan.

Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam bidang fotografi, gajet ini memang sesuai untuk anda. Biarpun anda merupakan pendatang baru dalam bidang fotografi, anda pasti terpesona dengan kualiti gambar serta aplikasi mesra pengguna yang terdapat pada kamera ini.

Turut dilengkapi dengan kebolehan merakam video pendek dengan format video HD penuh.

Ringan serta memiliki skrin bersaiz 2.7 inci menjadikan kamera DSLR terbaru daripada Canon ini pilihan terbaik peminat kamera bagi siri DSLR empat digit. Direka khas untuk mengatasi masalah kualiti gambar yang tidak memuaskan pada kamera kompak.

Tidak terhenti setakat itu, gajet ini juga memiliki jarak merakam yang lebih dinamik dari ISO 100-6400. Ia bagi memastikan kualiti gambar yang dirakam tetap jelas walaupun dalam keadaan cahaya malap mahupun gelap.

Kamera ini turut disempurnakan bersama sensor CMOS beresolusi 12.2 megapiksel untuk kesan imej berkualiti tinggi.

EOS 1100D ini disempurnakan bersama sensor CMOS beresolusi 12.2 mega piksel untuk kesan imej berkualiti dengan paparan warna natural dan terperinci.

Melihat dari sudut teknikal, kamera itu dilengkapi pemproses berkembar DIGIC 4 untuk operasi lebih cepat dan lancar.

Kelebihan berkenaan akan memberi kesan terbaik pada imej yang dirakam dengan kelajuan tinggi.

Bukan itu sahaja, sebagai bonus kepada peminat kamera pelbagai fungsi, EOS 1100D turut dilengkapi dengan kebolehan merakam video pendek dengan format video HD penuh (1280 x 720) resolusi.

Lari daripada kelaziman kamera DSLR yang pada kebiasaannya berwarna hitam, kali ini EOS 1100D didatangkan dengan empat pilihan warna istimewa, iaitu kelabu, coklat, merah dan hitam.

Apa yang pasti, gajet ini merupakan antara kamera DSLR yang tidak rugi untuk dimiliki kerana sifatnya yang dinamik disertakan dengan pelbagai aplikasi.

Dengan segala kelebihan tersebut, penggemar aktiviti fotografi pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan model ini di pasaran.

Sudah pun berada di pasaran kamera DSLR ini ditawarkan pada harga yang mampu dimiliki. Anda pasti terkejut kerana ia ditawarkan pada harga, RM1,999.

Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman web www.canon.com.my.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: