Saturday, March 12, 2011

Taman tema Lego terbesar


Antara tarikan yang terdapat di Legoland Windsor.


LEGOLAND Windsor merupakan taman tema berorientasikan permainan kanak-kanak yang kedua dibina oleh Legoland. Ia beroperasi di Windsor Berkshire, England, pada 1996.

Taman tema ini terletak di dalam Istana Windsor kira-kira lapan batu dari Lapangan Terbang Heathrow. Tarikan yang terdapat padanya terdiri daripada campuran Lego-themed rides, pelbagai model binaan berasaskan kubik Lego seperti bangunan dan lain-lain.

Sejak ia dibuka, Legoland Windsor berjaya menarik lebih daripada 1.84 juta pengunjung setiap tahun sekaligus menjadikannya sebagai lokasi pelancongan ketiga terbesar di United Kingdom selepas Alton Towers dan Thorpe Park.

Selain itu, Legoland Windsor juga dikenali sebagai taman tema ke-12 yang menerima paling ramai pengunjung di Eropah.

Antara binaan kubik yang terdapat didalamnya ialah seperti replika kokpit Boeing 747, motosikal, kereta, kereta api, robot, Houses of Parliament manakala di Miniland pula menampilkan binaan 40 juta kubik Lego untuk menghasilkan pelbagai model bandar raya dan bangunan yang terdapat di dunia.

Di bahagian replika bangunan, ia menampilkan rekaan bangunan seperti Gherkin, jambatan Millennium, London Eye dan Canary Wharf. Juga Horseguards Parade, Jambatan Tower, model stesen kereta api Docklands Light, Brighton Pier, Istana Edinburgh dan pelbagai lagi rekaan menarik berasaskan seni bina yang terdapat di Sweden, France, Italy dan Netherlands.

Menurut, Merlin Entertainments dalam masa lima hingga 10 tahun akan datang, syarikat tersebut merancang untuk melabur sebanyak RM147 juta untuk membina pelbagai lagi permainan dan hotel bertemakan Lego pada tahun 2012 sebagai sebahagian daripada usaha untuk menjadikan Legoland sebagai sebuah resort yang boleh dilawati selama dua hingga ke tiga hari masa lawatan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: