Wednesday, March 23, 2011

Sindiket tukar taktik seludup rokok


MOHD. JASRI (kanan) menunjukkan rokok seludup jenis Bingo yang dirampas pada sidang akhbar di Alor Setar semalam.


ALOR SETAR – Menyedari kegiatan menyeludup rokok dari Pulau Langkawi melalui Kuala Kedah sering dipatahkan pihak berkuasa, sindiket penyeludupan bertindak menukar taktik dengan membawa masuk barangan berkenaan melalui Pulau Pinang.

Melalui taktik terbaru itu, pengedar rokok seludup akan ke Pulau Pinang untuk mendapatkan stok masing-masing sebelum dijual kepada peniaga di sekitar Kedah.

Komander Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Kedah, Mohd. Jasri Othman berkata, taktik kumpulan sindiket itu terbongkar ekoran rampasan 295 karton rokok bernilai RM33,453 termasuk cukai di dalam sebuah kereta semalam.

Katanya, bertindak atas maklumat awam, UPP menahan sebuah kereta jenis Proton Saga dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun di Jalan Tongkang Yard di sini dan mendapati but keretanya dipenuhi rokok jenis Bingo yang baru diambil di Pulau Pinang.

“Lelaki dari Tandop, Alor Setar ini dipercayai dalam perjalanan pulang ke Alor Setar untuk menjual rokok kepada peniaga kedai runcit pada harga RM20 satu karton,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: