
KUALA LUMPUR - Dasar Pembangunan Belia Negara perlu disemak semula bagi menilai sejauh mana kejayaan Kementerian Belia dan Sukan dalam memperkasakan 11.6 juta golongan muda di negara ini.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, semakan itu perlu kerana generasi pada masa ini berbeza memandangkan dasar tersebut diperkenalkan sejak tahun 1985 dan disemak buat kali pertama pada tahun 1997.
"Sudah tentu keperluan belia pada hari ini jauh berbeza berbanding generasi muda semasa dasar itu diwujudkan.
"Kementerian Belia dan Sukan harus menyediakan penanda aras bagi mengukur keberkesanan dasar-dasar dan program yang diperkenalkan dalam tempoh berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Semakan Semula Dasar Pembangunan Belia Negara di Hotel Seri Pacific di sini malam tadi.
Turut hadir ialah Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Mohid Mohamed.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: