Wednesday, March 23, 2011

Agihan pendapatan ASG tinggi


AHMAD SARJI (kiri) dan Hamad Kama Piah mengumumkan pengagihan pendapatan ASG di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan yang lebih tinggi untuk ketiga-tiga dana Amanah Saham Gemilang (ASG) iaitu ASG-Pendidikan (5.60 sen), ASG-Kesihatan (6.10 sen) dan ASG-Persaraan (5.10 sen).

Agihan pendapatan itu adalah untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd. (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, ASNB memperuntukkan RM2.4 juta untuk agihan pendapatan ASG-Pendidikan, RM2.6 juta untuk ASG-Kesihatan dan RM1.1 juta untuk ASG-Persaraan.

Pembayaran akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 April ini.

"Sebanyak 8,662 pemegang unit ASG- Pendidikan yang melanggan 43 juta unit sehingga 21 Mac akan memperoleh manfaat daripada pembayaran itu," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Sehingga kelmarin, ASG-Pendidikan mencatat pendapatan kasar RM3.07 juta.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: