Ura-ura terbaru ManggaMuda dengar adalah kisah pelakon yang namanya sedang mencanak naik sekarang ini, Shaheizy Sam yang khabarnya sedang keadaan serba salah sama ada mahu keluar daripada syarikat naungannya, MIG. Menurut sumber yang ManggaMuda dengar, Sam rasa terkilan sebab bonus rumah yang diberikan oleh MIG kepadanya baru-baru ni itu sebenarnya bukanlah satu bonus yang ikhlas. Rumah itu bukan dibeli sepenuhnya oleh MIG, tetapi Sam perlu membayarnya berdasarkan pencapaiannya selepas ini. Ini bermakna bonus Sam tahun-tahun hadapan akan ditolak untuk membayar harga rumah tersebut. Namun, disebelah pihak lain ManggaMuda dengar cerita, masalah Sam dengan MIG sebenarnya berlaku di sebabkan oleh hasutan seseorang yang dengki degan keakraban mereka, dan mula mencucuk Sam dengan pelbagai fitnah terhadap MIG. Biasalah bila orang dah semakin berjaya, makin ramailah yang dengki dan mula nak menabur fitnah. Dalam kes ini ManggaMuda tak tahu siapa yang betul dan siapa yang salah, hanya Sam dan MIG sahaja yang ada jawapannya. ManggaMuda cuma harap perkara ini boleh diselesaikan dengan cara yang baik, tak perlu gaduh-gaduh. ManggaMuda: suka berurusan dengan Sam, dia sangat-sangat profesional orangnya. |
Wednesday, March 9, 2011
Shaheizy Sam ditipu MIG?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: