Bergandingan buat kali pertama dalam teater muzikal Natrah, Remy Ishak dan Maya Karin berjaya menarik perhatian peminat dengan keserasian mereka sebagai pasangan bercinta di dalam teater itu. Biarpun bergelut dengan gosip yang mengatakan mereka menjalinkan cinta lokasi, dan sering kelihatan mesra apabila berada dalam majlis-majlis yang melibatkan mereka bersama, namun Remy Ishak mengakui dia sebenarnya masih gementar setiap kali bersama aktress jelita ini. Bercerita tentang filem lakonan kedua-dua pelakon hebat ini, iaitu Cun arahan Osman Ali, Remy Ishak mengakui agak gugup mahu menjayakan adegan-adegan romantik bersama Maya. "Saya sangat gementar bila mendapat tahu bakal bergandingan dengan Maya dalam filem ini, malah masa ujibakat pertama yang dibuat oleh Osman Ali sewaktu mahu mencari hero untuk filem ini, saya hadir dengan perasaan yang sangat gugup dan gementar."Pertama kali saya mengenali Maya adalah sewaktu sama-sama berlakon dalam filem Anak Halal, waktu itu saya memandang Maya dan semua pelakon dalam filem itu sebagai pelakon yang sangat hebat dan perasaan hormat itu masih kekal ada dalam hati saya sehingga sekarang, itu membuatkan saya semakin gementar bila berlakon dengannya. "Ia menyebabkan saya sukar membawakan watak romantik dalam filem ini dan sampai hari ini, kalau ada bersama dia dalam majlis sekalipun saya masih ada perasaan sebegitu,"jelas Remy Ishak. Menceritakan tentang pengalaman berlakon di utara tanah air, menurut Remny pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan adalah ketika berhadapan dengan gigitan nyamuk dan ketika babak menolak kereta di tepi bendang. "Memang gembira berlakon di Kedah, orang di sana memang banyak menyokong kami. Selain tu, Osman Ali pun bijak mencari idea-idea lokasi yang menarik, tapi ada juga beberapa adegan yang agak memeritkan bagi kami. "Sewaktu babak menolak kereta tu, keadaan cuaca terlalu panas sampaikan semua pelakon menjadi semakin hitam, manakala bila di malam hari pula kami terpaksa berhadapan dengan nyamuk yang luar biasa besarnya di sana,"cerita Remy. |
Wednesday, March 9, 2011
Remy Gementar Dampingi Maya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: