Wednesday, March 9, 2011

Adira Nafi Cintai Pengkid!

Biarpun masih baru dalam bidang seni ini, finalis Akademi Fantasia musim kelapan, (AF8) ini sudah terlalu banyak terkena tempias kontroversi yang bisa menjatuhkannya.

Jika sebelum ini Adira dikaitkan mempunyai masalah disiplin, selepas menjalin hubungan bersama salah seorang pelajar AF8, Iwan, kini Adira dihimpit dengan gosip bercinta dengan seorang pengkid yang dikenali sebagai Z.

Ada yang menyebarkan kononnya Z sering menemai Adira ke majlis-majlis keramaian, Z juga dikhabarkan banyak menggunakan wang milik Adira. Terbaru, Adira dilaporkan baru sahaja membeli sebuah Ipad buat temannya itu.

Menghubungi Adira, dia menafikan segala gosip yang sedang bermain di ruangan udara seni sekarang ini. Jom kita ikuti apa kata Adira tentang hubungannya bersama Z.

Benarkah Adira sekarang bercinta dengan wanita pengkid bernama Z?

Itu semua fitnah! dia hanya teman rapat saya dan hubungan kami sama sahaja seperti mana saya dengan kawan-kawan saya yang lain.

Saya tidak faham mengapa orang terlalu sensetif dengan perkara ini, Z juga wanita dan juga manusia, jadi mengapa pula saya tidak boleh berkawan rapat dengannya.

Saya bukanlah orang yang suka memilih kawan, siapa pun yang mahu berkawan dengan saya, dan mereka datang dengan ikhlas, saya pasti akan berkawan rapat dengan mereka, seperti mana Z.

Berapa lama Adira sudah mengenalinya?

Kami berjumpa sewaktu Konsert Reunion AF yang lalu, masa tu dia jadi floor manager untuk Astro. Selepas itu, kami terus berkawan sehinggalah sekarang.

Mungkin Adira terlalu kerap membawanya ke majlis-majlis terbuka, jadi ia membuatkan ramai orang sangsi?

Tidaklah terlalu kerap, jika ada sekalipun, hanya pada malam separuh akhir Muzik Muzik yang lalu, tapi dia hanya membantu saya sahaja, tapi kalau majlis anjuran Astro, Z memang selalu ada kerana dia buat pratikal di situ.

Saya hairan, salahkah saya bawa Z? Kalau artis lain datang bersama pengurus mereka yang terdiri daripada lelaki lembut, orang tidak syak apa-apa dan ia tidak pernah menjadi kontroversi.

Z hanya membantu saya sekiranya ada perkara yang tidak boleh lakukan seorang diri, itu sahaja. Kami tidak pernah beraksi mesra dan tidak pernah berkelakuan berlebihan sehingga boleh menimbulkan syak wasangka pada orang lain.

Benarkah Z selalu menggunakan duit Adira dan Adira baru sahaja menghadiahkannya Ipad?

Sejak saya berkawan dengan Iwan lagi, orang sudah mengatakan perkara sebegini padanya dan kini ia berjangkit pula pada Z.

Untuk apa saya beri duit pada mereka, sedangkan mereka sudah pun bekerja. Kenapa pula saya perlu hadiahkan dia Ipad? Lebih baik saya beli untuk diri saya sendiri, kerana saya pun belum memilikinya.

Selepas perkara ini bagaimana hubungan Adira dengan Z? Masih berkawan atau cuba menjauhkan diri?

Setakat ini saya cuba untuk tidak terlalu dekat dengannya, sebab perkara ini masih terlalu panas dan saya kasihan melihat Z yang terpaksa berhadapan dengan gosip sebegini.

Biarlah saya elakkan dahulu daripada bertemunya, saya tak mahu orang mengata dia macam-macam. Dia ikhlas nak berkawan dengan saya, tetapi sudahnya dia pula yang terkena tempias gosip sebegini.

Inilah penjelasan Adira, semoga selepas ini tiada lagi peminat yang sangsi dengan status sebenar Adira, dan tidak lagi bertanggapan buruk kepadanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: