![]() |
| SEBAHAGIAN atlet PSAS yang berjaya menempa nama pada kejohanan Karnival Sukan Olahraga Majlis Sukan Politeknik (MSP di Pahang, baru-baru ini. |
POLITEKNIK Sultan Azlan Shah (PSAS) membuktikan kecemerlangan pada Karnival Sukan Olahraga Majlis Sukan Politeknik (MSP) kali ke-13 di Politeknik Muadzam Shah, Pahang pada 17 hingga 20 Februari lalu.
MSP ke-13 menyaksikan penyertaan daripada 27 buah politeknik dari seluruh Malaysia dan 34 acara olahraga dipertandingkan.
PSAS yang diwakili 33 atlet berjaya membawa pulang empat pingat emas bagi acara 110 meter dan 400 meter lari berpagar (lelaki), 4 X 400 meter (lelaki) dan 400 meter (wanita), dua pingat perak bagi acara 3,000 meter (wanita) dan 1,500 meter (wanita) dan tujuh pingat gangsa bagi acara lompat tinggi (wanita) 200 meter (wanita), 800 meter (lelaki dan wanita), 100 meter (wanita), 1,500 meter (lelaki) dan 4 X 400 meter (wanita).
Lebih membanggakan apabila atlet PSAS, Mohd Helmi Farid Abd. Razi, Azrudin Ishak, Syed Muhammad Mu'az Syed Rosli, Yoganathan Munusamy, Abdul Wadud Abd. Hamid dan Ahmad Ridzuan Ahmad Tarmizi berjaya memecah rekod baru kejohanan bagi acara 4 X 400 meter lelaki.
Karnival Sukan Olahraga MSP itu merupakan acara tahunan yang ditunggu-tunggu oleh setiap atlet di politeknik kerana ia nmerupakan platform bagi mereka mendapatkan tempat di kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SIPMA).
Penganjuran karnival sukan olahraga itu merupakan landasan terbaik dalam usaha politeknik melahirkan modal insan yang berkualiti dan seimbang dengan menggalakkan pelajar menceburi bidang kecergasan fizikal dan mental.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: