IKHLAS...artis turut menyumbang pada tabung derma tsunami di Jepun ketika sukaneka sempena Jelajah Metro di Dataran Keris, Alor Gajah, Melaka.
ALOR GAJAH: Malapetaka gempa bumi kuat dan tsunami yang melanda Jepun mendorong Harian Metro (HM) melalui Tabung Titipan Kasih HM melancarkan kutipan derma pada Konsert Jelajah Metro di Dataran Keris, malam kelmarin.
Kutipan yang dimulakan dengan sumbangan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Kamarudin Md Shah itu berjaya mengumpul sumbangan RM896.55.
Kutipan itu akan diteruskan sehingga konsert Terima Kasih HM yang akan diadakan di Dataran Merdeka 26 dan 27 Mac ini, sebelum diserahkan kepada mangsa bencana.
Menurutnya, orang ramai yang ingin menyampaikan sumbangan juga boleh berbuat demikian di Balai Berita Bangsar, Jalan Riong, Kuala Lumpur.
Dalam kejadian Jumaat lalu, negara terbabit dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud skala Richter di timur laut negara berkenaan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: