Tuesday, March 22, 2011

DPMMS bantu kembang perniagaan

SHAH ALAM - Usahawan di jemput untuk terlibat dalam ‘Taklimat dan Forum Program Transformasi Ekonomi’ yang bakal diadakan di Hotel Concorde Shah Alam pada 7 April ini.

Program dianjurkan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) sempena mesyuarat agung tahunannya kali ke-24 dengan kerjasama Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu).

Pengerusi Jawatankuasa Latihan dan Aduan Usahawan DPMMS, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, program bertujuan membantu usahawan Bumiputera mengembangkan dan mewujudkan jaringan perniagaan.

Menurutnya, berbeza daripada kebiasaan, program kali ini terbuka kepada semua dan tidak tertumpu pada ahli DPMMS sahaja.

“Peluang ini kita buka kepada semua usahawan tanpa mengira status sama ada ahli DPMMS atau tidak kerana mahukan program yang dilaksanakan mencapai objektif.

“Sebelum ini banyak program kita yang tidak sampai secara menyeluruh kerana kurangnya pendedahan yang meluas kepada usahawan,” katanya.

Beliau berkata, penyertaan terhad kepada 800 peserta terawal dan boleh melayari www.dpmms.com.my atau menghubungi di talian 03-55199110. Pendaftaran ditutup 30 Mac ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: