Tuesday, March 15, 2011

Aznil penghibur nombor satu!



Pengacara nombor satu negara, Aznil Nawawi membuktikan dirinya bukan sahaja bergelar pengacara nombor satu, bahkan layak dinobatkan sebagai penghibur nombor satu negara.

Pada Sabtu lalu, Aznil mengadakan konsert solo pertamanya, Konsert Hore! Hore! yang diimpikan setelah 21 tahun bergelar anak seni.

Malah, Aznil bersyukur tidak terhingga apabila impiannya menjadi kenyataan dan berjaya menghiburkan lebih 8,000 peminat yang hadir.

Pada acara itu, Aznil berjaya menyampaikan lebih 20 lagu termasuk lagu popular Allahyarham Sudirman seperti Hujan, Apa Khabar Orang Kampung, Pulang Dari Kilang, Dari Kerana Mata, Aku Penganggur dan Salam Terakhir.

Selain itu, segmen bersama penonton sangat menghiburkan apabila gelagat Aznil bersama beberapa penonton yang dijemput naik ke pentas mendapat perhatian yang hadir.

Pada malam itu juga, Aznil bersama kumpulan Hero Malaya turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM30,000 kepada seorang kanak-kanak yang menghidapi penyakit jantung berlubang.

Selain itu, pelbagai hadiah diberikan kepada pengunjung yang bertuah seperti barangan Habib Jewel bernilai RM50,000, pakej Umrah dan sebuah kereta Perodua Myvi.

Konsert selama tiga jam itu juga menampilkan beberapa artis undangan seperti Saiful Apek, Zahid AF2, Ana Raffali, Altimet dan Lan The Typewriter.

Aznil yang ditemui selepas berakhirnya konsert turut terharu dengan sokongan peminat dan berharap dapat mengadakan konsert seumpama itu lagi.

Ia dianjurkan RYE Production dengan kerjasama pihak Astro dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu sempena Hari Wilayah Persekutuan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: