|
Siapa sangka anak Malaysia mampu menghasilkan sebuah filem yang memerlukan penelitian khusus dalam hal berkaitan imej generated berkomputer (CGI). Tahniah buah pengarahnya Yusry Abdul Halim dan penerbitnya KRU Studios. HMM akan ditayangkan kepada umum mulai 10 Mac ini. ![]() Set pantai di Langkasuka Daripada segi pembikinan, ada sesuatu yang patut anak Malaysia banggakan terhadap Hikayat Merong Mahawangsa. Ia membuktikan pembikin filem di Malaysia mampu menghasilkan sesuatu melangkaui kebiasaan. ![]() Khir Rahman, orang kuat kumpulan Garuda HMM menampilkan Stephen Rahman-Hughes, Jing Lu, Gavin Stenhouse, Craig Fong, Eric Karl Henrik Norman, Keith Chong, Wan Hanafi Su, Datuk Rahim Razali, Khir Rahman, Ummi Nazeera, Nell Ng, Jehan Miskin, Umie Aida, Kuswadinata, Mano Maniam, Ravi Sunderlingam dan ramai lagi.
Semasa berlabuh ke destinasi persinggahan yang ditetapkan, mereka diserang kumpulan jahat Garuda yang menggunakan ilmu sakti untuk menakluk dan memporak perandakan musuh. Akhirnya dia hanyut dan sampai ke tanah asal lalu dilantik menjadi raja di kerajaan baru yang dinamakan Langkasuka. Sebagai raja, dia turut ke depan menentang musuh dan sanggup menggadai nyawa serta meninggalkan permaisurinya. ![]() Stephan Rahman dalam satu aksi. Dalam pertempuran itu, si gagah Merong Mahawangsa turut tumbang ketika menewaskan ketua kumpulan Garuda. Hikayatnya dicatat oleh keturunannya yang memerintah Langkasuka, Sultan Muzaffar Syah, sultan pertama yang beragama Islam. Wira mati? Ada yang bertanya... mengapa kematian Merong Mahawangsa ditonjolkan pada akhir filem itu? Alangkah baik kalau kematiannya tidak divisualkan. Cukup sekadar narator Sultan Muzaffar Syah yang bercerita pasalnya. Penonton dibuai dengan kehebatan Merong Mahawangsa yang berjaya menewaskan siapa sahaja sepanjang persinggahan pelayarannya. Kehebatan itu hilang apabila dia mati ditusuk pedang musuh. Benarlah... dalam hikayatnya, Merong Mahawangsa mati.
|
Wednesday, March 9, 2011
Merong amat membanggakan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Filem yang diangkat daripada cerita rakyat pasal salasilah kerajaan negeri Kedah, Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) amat membanggakan Malaysia daripada segi pembikinannya. Cukup hebat.

HMM memapasrkan kehebatan Merong Mahawangsa yang belayar merentasi benua ke benua lain. Semasa di Goa, dia dipertemukan dengan anak raja Rome yang dihantar untuk mengahwini puteri China dalam usaha mengukuhkan hubungan politik kedua-dua kerajaan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: