CAPE TOWN - Bintang golf No.1 dunia, Tiger Woods sekali lagi menjadi tumpuan media berikutan beliau didakwa berada di Afrika Selatan bagi mendapatkan rawatan ketagihan seks di sebuah klinik pemulihan di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Beliau dilaporkan menyertai satu siri program pemulihan intensif selama enam minggu di pusat berkenaan yang mengenakan bayaran £5,000 (RM16,697) seminggu.
Johnny Graaff dari Klinik Montrose Place yang mengendalikan program pemulihan itu enggan mengesah atau menafikan sama ada Woods, 33, merawat ketagihan seknya.
Sebelum ini, pemain golf itu turut dilaporkan menerima rawatan pemulihan di sebuah klinik di Arizona, Amerika Syarikat (AS).
Spekulasi mengenai rawatan ketagihan itu timbul selepas beberapa sumber memberitahu, mereka melihat Woods turun dari sebuah jet peribadi di sebuah lapangan terbang di sini.
Beliau dipercayai berada di pusat itu sejak beberapa minggu lalu untuk membina semula kehidupan setelah isterinya, Elin Nodegren, 30, mahu menuntut cerai selepas suaminya terlibat dengan siri skandal seks melibatkan beberapa wanita.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: