Wednesday, January 13, 2010

Verticas Residensi berjiran bangunan ikonik


Edmund bersama model Verticas Residensi Blok B di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Kondominium mewah Verticas Residensi di sini menyediakan panorama keindahan hutan tropika dan bangunan ikonik ibu negara tetapi bakal pembeli perlu bersedia membayar RM1,300 untuk setiap satu kaki persegi.

Projek pembinaan tiga blok kondominium dan satu blok apartmen dengan ketinggian 43 tingkat itu dimajukan oleh DNP Holdings Bhd. yang merupakan subsidiari syarikat hartanah Singapura, Wing Tai Holdings Ltd.

Timbalan Pengerusi Wing Tai, Edmund Cheng berkata, Verticas Residensi ialah projek berkualiti tinggi dengan konsep kontemporari dan eksklusif.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: