Wednesday, January 13, 2010

Forest'secret ceburi francais - Tiga tahun eksperimen cari identiti jenama herba


INTAN HYRIATEE (kanan) dan pembantunya menunjukkan produk Forest'secret di Petaling Jaya semalam.

PETALING JAYA - Eksperimen Forest'secret Sdn. Bhd. memperkenalkan produk herba yang mempunyai identiti gaya hidup selama tiga tahun berjaya melahirkan 22 usahawan herba dan 34 pengedar utama.

Susulan kejayaan itu, anak syarikat Perbadanan Nasional Bhd. (PNS) berkenaan berhasrat memperkenalkan program francais menjelang Mac ini.

Pengurus Besar Forest'secret, Intan Hyriatee Mohd. Zawai berkata, permohonan lesen francais dikemukakan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada suku ketiga 2009.

"Program menjadikan jenama Forest'secret sebagai perniagaan francais dibuat seawal penubuhan kami pada 2007," kata beliau pada majlis pelancaran peraduan beli dan menang Temui Forest'secret di Mutiara Damansara, di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: