Friday, January 8, 2010

URTV dah cecah 40 tahun usia

Artis

Artis muda penyeri URTV terkini


Diam tak diam sudah 40 tahun usia majalah hiburan popular URTV. Tanggal 15 Januari 2010 ini genaplah usia URTV yang ke 40 tahun. Naskhah pertama diterbitkan pada 15 Januari 1970 dengan biduanita Sarimah sebagai penghias cover.

Satu majlis ringkas sempena ulang tahun itu diadakan di pejabat mereka di Bangi pada 5 Januari lalu. Puluhan kek sumbangan beberapa pihak memeriahkan majlis. Apatah lagi ia dihadiri artis popular yang pernah menjadi penghias cover serta pastinya pernah ditampilkan dalam majalah hiburan itu.

Mawi dan Ikin

Mawi antara artis kesayangan URTV

Antaranya Mawi, Ikin, Pija, Naufara, Tomok, Aliff Satar, Jaclyn Victor, Haida Hafiz, Ramlah Ram, Nassier Wahab, Adilla, Nabil, Shila, Lisdawati, Farhan, Farah dan ramai lagi.
Artis

Meriahnya.....

"Pada awalnya hari ini kami mahu mengadakan majlis fotografi atis-artis memotong kek sempena ulang tahun URTV yang ke 40, tapi apabila banyak yang tampil menaja kek, kami adakan majlis besar sikit.

"Majlis sambutan sebenar bersempena sambutan ulang tahun URTV dirancang diadakan sedikit masa nanti," kata Pengarang URTV, Huzz.

Difahamkan majlis tersebut akam melibatkan artis empat generasi bermula era 70-an-, 80-an, 90-an dan artis alaf baru. Peminat juga berpeluang memeriahkan sambutan tersebut.

Walaupun sudah berusia 40 tahun, URTV masih bertahan dengan pembaharuan demi pembaharuan yang dilakukan untuk menyesuaikan dengan kehendak pembaca semasa. Terkini URTV tampil dengan saiz yang lebih kecil.

URTV

Orang belakang tabir URTV

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: