|
Ibarat ditelan mati emak dan dibuang mati bapa. Itulah agaknya perasaan yang bermain dalam kepala Ramlah Ram apabila banyak sangat orang bertanya pasal status rumah tangganya dengan Kamal Roslim, seorang penerbit sukan di RTM. Ramlah akhirnya memilih untuk membuka mulut, kerana dengan berdiam diri pun orang boleh membuat bermacam anggapan. Kamal jarang dilihat dalam majlis hiburan serta kelibat suaminya yang masih kelihatan di rumah lamanya semasa masih membujang. ![]() Ramlah akui rasa sunyi kadang-kadang singgah.
"Saya faham, kalau dia habis kerja lewat dan esok harus masuk kerja waktu pagi, lebih senang untuk dia ke rumah lamanya sahaja kerana pasti dia kepenatan untuk memandu balik ke rumah kami di Shah Alam," kata Ramlah Ram. Ramlah akui banyak yang bertanya pasal statusnya kerana jarang nampak dia dan suami di mana-mana majlis hiburan. Namun kata Ramlah setakat ini hubungan mereka masih tiada apa-apa masalah. "Setakat ini semuanya okey, tapi saya tak boleh ramalkan apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Kalau boleh saya mahu perkahwinan ini kekal sampai ke akhir hayat... tapi soal jodoh, ajal dan maut di tangan Allah," kata Ramlah. Setelah membuat penjelasan setakat yang mampu diluahkannya, Ramlah menyerahkan kepada orang ramai untuk membuat anggapan tersendiri. "Payah... kalau tak jelaskan banyak yang membuat tanggapan lain, jadi saya sedia jelaskan apabila banyak sangat pihak media yang bertanya," katanya. |
Friday, January 8, 2010
Saya kena jelaskan... Ramlah Ram
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: