Thursday, January 14, 2010

Tragedi malam tahun baru


YOUNHA

KASIHAN sungguh penyanyi kelahiran Korea Selatan, Younha, 21, kerana terpaksa memulakan tahun baru 2010 dengan emosi penuh kedukaan.

Beberapa hari lalu dia dengan penuh gembira membuat persembahan bertenaga di hadapan peminatnya di Inkigayo, beberapa hari lalu, sebelum kemudiannya jatuh pengsan di belakang pentas.

Menurut sumber yang berada di tempat kejadian, Younha segera dikejarkan ke hospital.

"Dia pengsan disebabkan terlalu kepenatan akibat jadual seninya yang tidak henti-henti pada tahun lalu. Lantaran itu, dia dijadualkan berada di hospital untuk tempoh yang panjang sehingga kembali sembuh.

"Semua jadual seninya harus dibatalkan walaupun Younha yang baru melancarkan single terbarunya, Broke Up Today berkeras mahu bekerja semula seperti sedia kala.

"Kemunculan Younha dalam program televisyen untuk tempoh terdekat ini juga dibatalkan setelah dinasihatkan oleh doktor yang merawatnya," jelas sumberi itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: