Thursday, January 14, 2010

Liyana sorak untuk Aizat


LANA bangun memberikan tepukan selepas Aizat tamat membuat persembahan.


MARILYN sekali lagi nak ucapkan tahniah kepada penyanyi dan komposer berbakat besar, Aizat selepas diumumkan memenangi Anugerah Juara Lagu 24 (AJL 24) dengan lagu Pergi ciptaan Pete Teo dan Amran Omar.

Walaupun kerja menimbun di pejabat, Marilyn sempat luangkan masa datang ke Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur Ahad lalu sambil pakai gaun ketat rona merah menyala semata-mata nak tengok persembahan peserta yang bertanding. Marilyn akui, artis dan komposer yang bertanding pada AJL kali ini tak dinafikan hebat-hebat belaka.

Dalam Marilyn sibuk memerhatikan perjalanan AJL 24 yang berlangsung dengan jayanya, mata Marilyn sempat melilau kelibat artis-artis yang datang. Ramai jugalah yang hadir sebab nak beri sokongan kepada industri seni hiburan tanah air.

Cuma yang paling mencuri perhatian Marilyn adalah kemunculan pelakon dan penyanyi muda, Liyana Jasmay sambil ditemani ibu tercinta. Mengenakan dres pendek jalur berwarna-warni, penampilan Liyana memang menawan seperti biasa.

Pada waktu yang sama, mata Marilyn tak habis-habis merenung gelagat Liyana walaupun sekadar dari jauh. Marilyn perhatikan Liyana cukup bersemangat apabila 'kekasih hati' nya, Aizat muncul di pentas menyampaikan lagu Kau Aku yang merupakan hasil karyanya sendiri.

Marilyn dapat lihat dengan jelas keterujaan Liyana tatkala si Aizat menyanyi sambil diiringi kanak-kanak sekolah yang comel itu.

Liyana dilihat menggoyangkan badan sambil bertepuk tangan apabila tengok persembahan pemuda pujaan hatinya. Sebaik saja lagu Kau Aku tamat, Liyana kelihatannya memekik nama Aizat berulang-ulang kali. Paling mengujakan, Liyana bangun dari tempat duduknya lalu berdiri menunjukkan rasa hormat kepada Aizat. Wah, sampai macam tu sekali sokongan Liyana kepada Aizat.

Terharu betul Marilyn tengok situasi singkat tu. Kalau diperhatikan, nampak benarlah Liyana dan Aizat seperti sedang dilamun cinta nan indah. Ops.. ni bukan Marilyn saja nak tembak tak tentu pasal okey.

Sumber terdekat yang boleh dipercayai 99 peratus sampaikan sendiri kepada Marilyn bahawa pasangan tu betul-betul bercinta di alam realiti.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: