Tuesday, January 19, 2010

Tiga lelaki ditahan ketika proses ganja


AZRI (dua dari kanan) menunjukkan ketulan ganja mampat yang dirampas ketika mengadakan sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Kegiatan tiga lelaki yang memproses dan menyimpan ketulan daun kering disyaki ganja untuk dijual membawa padah apabila diberkas di apartmen Vista Angkasa, Kerinchi di sini Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Supritendan Azri Abd. Rahman berkata, serbuan itu dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat daripada orang ramai yang melihat suspek yang berusia antara 35 dan 38 tahun berkelakuan mencurigakan.


INILAH apartmen Vista Angkasa tempat tiga lelaki dicekup ketika leka memproses ganja.

"Sebaik diperiksa, polis menjumpai dua ketulan mampat ganja seberat 1,940 gram dan alat menghisap dadah yang disimpan di dalam sebuah almari di bilik suspek.

"Selain itu, polis turut menjumpai sembilan paket ganja seberat 100 gram. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM4,000," katanya.

Tambahnya, ketiga-tiga suspek yang bekerja sebagai pemandu, pekerja kantin dan budak penghantar didapati positif dadah selepas menjalani ujian air kencing dan mereka ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: