Tuesday, January 19, 2010

Amway perbanyak guna strategi kedai


SEORANG pekerja melakukan kerja-kerja pembungkusan tempahan stok di gudang simpanan ibu pejabat baru Amway di Petaling Jaya semalam.

PETALING JAYA - Syarikat jualan langsung terkenal, Amway (Malaysia) Holdings Bhd. berhasrat membuka tambahan tiga cawangan Kedai Amway menjelang akhir tahun ini bagi meningkatkan akses pengedarnya kepada jenama berkenaan.

Menurut Pengarah Eksekutif Amway, Paul Yee, pembukaan kedai yang merupakan konsep baru itu akan dibuka di Mentakab, Pahang; Taiping, Perak dan Segamat, Johor.

"Konsep Kedai Amway ini merupakan strategi perniagaan tiga tahun yang bermula pada 2008 yang akan berakhir pada 2010.

"Sehingga kini sebanyak lapan kedai telah dibuka di seluruh negara dan (Amway) merancang untuk menambah tiga lagi secara berperingkat pada tahun ini," kata Paul dalam sidang akbar selepas memperkenalkan ibu pejabat baru syarikat itu di sini, semalam.

Ibu pejabat yang menelan kos RM100 juta itu turut menempatkan sebuah kompleks gudang yang dilengkapi dengan sistem pengambilan digital, pusat latihan, kedai konsep, kafe, pusat jenama dan pusat pemprosesan pesanan.

Bising & Bingit Itu Cara Saya - Achey

Achey jangka cara mengacara program Gema Gegar Vaganza akan dikritik. PETALING JAYA:  Pelawak Achey memberitahu dia diminta oleh pi...