Friday, January 15, 2010

Terlalu Terkenal, Jolie Digugurkan Dari Kontrak 'St. John'

KALAU sudah terlalu terkenal pun susah juga. Itu yang berlaku dengan Angelina Jolie.

Disebabkan terlalu terkenal, Jolie tidak lagi mendapat kontrak untuk menjadi ikon label fashion ternama kelas atas St. John.

Pihak pengurusan St. John memutuskan populariti aktres berbibir seksi itu telah menutup kewujudan produk-produk fashion dari label tersebut.

Dan mereka berasakan Jolie boleh menenggelam jenama mereka St.John kerana nama Jolie lebih besar dari jenama mereka.

Bintang bertatu itu mendapat kontrak menjadi jurucakap label tersebut pada 2005, menggantikan supermodel Gisele Bundchen. Sejak itu, Jolie tampil dalam iklan-iklan label tersebut.

Kini, pengarah eksekutif label tersebut, Glenn McMahon, membuat keputusan untuk menamatkan kontrak Jolie begitu saja.

Jolie akan digantikan oleh model Karen Elson untuk iklan produk-produk fashion musim semi 2010 dari label itu.

"Kami ingin menggantikan ikon kami dan perlu menunjukkan sudut pandang modern dari St. John," kata McMahon.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: