
TENGKU Muhammad Fakhry (kiri) dan Zainul Rijal tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu semalam. Gambar kecil, Manohara.
KOTA BHARU - Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Ibni Sultan Ismail Petra bersumpah 'istizhar' terhadap isterinya, Manohara Odelio Pinot di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.
Sumpah itu bertujuan memperjelaskan tuntutan kembali taat dan membayar semula hutang berjumlah RM 1,112,25 terhadap Manohara.
Tengku Muhammad Fakhry selaku plaintif melakukan sumpah tersebut di hadapan Hakim Mohamed Yusoff Awang.
Mahkamah memerintahkan Tengku Muhammad Fakhry bersumpah untuk sabitkan kes yang dituntut selepas Manohara sebagai defendan tidak hadir memberi keterangan.
Tengku Muhammad Fakhry kemudian melakukan sumpah tersebut setelah menyatakan kesediaan berbuat demikian.
Mohamed Yusoff selepas itu berkata, dengan sumpah itu, maka sabitlah tuntutan plaintif dan defendan wajib kembali taat dan membayar semula hutang.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: