
KERATAN Kosmo! semalam.
KUALA LUMPUR - Awas! Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan berlegar-legar di premis perniagaan anda.
Itu amaran Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadap segelintir pekedai runcit yang menaikkan harga gula sehingga RM1.70 sekilogram berbanding RM1.65 seperti yang diumumkan.
Tegas beliau, pasukan penguat kuasa seramai 2,000 orang yang ditubuhkan khas untuk tujuan memerangi peniaga yang degil itu sudah bergerak untuk memantau operasi dan aktiviti mereka sejak semalam.
Jika tertangkap, katanya, tanpa sebarang kompromi peniaga yang tamak itu akan dikenakan tindakan di bawah peruntukan Akta Kawalan Harga 1946.
Jika disabitkan kesalahan, peniaga boleh dikenakan denda sehingga RM25,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali serta kompaun RM7,500.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: