
KECOH seketika apabila Nora Danish, tiba-tiba mengundur diri daripada set penggambaran drama rantaian Spa Qistina. Alasannya, jadual kerjanya bertindan dan dia perlu profesional melunaskan tanggungjawab. Itu cerita kontroversi 2009.
Nyata, ia bukan alasan kosong. Nora Danish memang benar-benar sibuk. Suku tahun 2010 ini pula, jadual kerja Nora sememangnya terlalu padat sehingga dia sendiri harus mencuri masa untuk kehidupan peribadi.
"Ia seperti kebangkitan semula buat saya. 2010 adalah tahun saya untuk bekerja dan buat duit," ujar Nora yang bersyukur dengan rezeki yang mencurah
Dia baru selesai menjalani penggambaran telefilem Menanti Menantu dan filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2. Sepanjang Januari, Nora sibuk di lokasi penggambaran filem Cuti Cuti Cinta yang menyaksikan dia menjadi heroin.
Usai penggambaran filem arahan Ahmad Idham ini, Nora akan masuk ke lokasi penggambaran drama rantaian epik, Arjuna bergandingan dengan Remy Ishak.
"Selain sibuk dengan lakonan, saya kini berada dalam dunia baru sebagai hos. Saya diberi kepercayaan mengendalikan sebuah program hiburan, Bolly 10 di Astro dan sebuah program fesyen di TV9, I-Glam.
"Ini adalah pengalaman hebat bagi saya," katanya yang juga teruja untuk berlakon dalam drama Arjuna kerana ia sebuah karya yang akan menyaksikan dia banyak melakukan aksi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: