
KUALA LUMPUR - Malang menimpa seorang suri rumah apabila kerugian RM250,000 selepas wang dan barang kemasnya dilarikan tiga wanita yang mendakwa hendak digunakan dalam upacara sembahyang bagi membuang sial dan roh jahat baru-baru ini.
Lebih malang apabila nilai wang tersebut bersamaan dengan dua biji buah oren, dua bungkus mi segera, sebungkus roti, sebotol air mineral dan dua bungkus garam.
Kejadian pukul 11 pagi itu berlaku apabila Lee Yoke Chan, 61, didatangi dua wanita tempatan dan seorang wanita China berusia dalam lingkungan 40-an ketika dia pergi ke pasar pagi Taman Cheras, di sini 18 Januari lalu.
Dalam kejadian itu, suspek mengatakan dia dan keluarganya dikelilingi oleh roh jahat dan akan mendapat bencana dalam masa tiga hari.
Bagi mengelakkan malapetaka itu, suspek kemudiannya telah mencadangkan kepada mangsa supaya melakukan upacara membuang sial dan roh jahat yang akan dilakukan oleh seorang sifu bergelar 'Master'.
Ia kononnya untuk menjamin kesejahteraan suami dan empat anaknya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: